Cantik betul awan hari ni

Life November 5th, 2012

live update: 5 Nov ’12, 6.38pm MYT | dari e71 topo…

Cantik betul awan hari ni. Mendung je sepanjang hari dah petang sikit baru nampak awan terang haha. Ambil gambar guna telefon ni tak nampak sangat -.- ni yang menaikkan semangat nak beli telefon bimbit baru dengan kamera yang lebih hebat ni haha.

Dunia blog topo 3 tahun dari sekarang

Blogging October 12th, 2012

Masih belum tamat pon lagi episod 5 tahun pengalaman hidup sebagai penulis blog dah cerita pasal perancangan masa depan pula haha. Rasa macam back to the future pulak, naik Delorean pergi ke masa lampau lepas tu patah balik lepas tu pi masa depan pulak haha. Sebenarnya siri pengalaman 5 tahun tu dah ada beberapa episod tapi aku masih belum berkesempatan nak touch up dan post lagi. Post ini pon aku tulis kerana nak kejar dateline tugasan kedua pertandingan yang dianjurkan oleh saudara Eizil. Maka dengan ini dipersembahkan apa yang aku ingin capai dalam masa 3 tahun lagi. Read the rest of this entry »

ChurpChurp Dah Pulangkan Earning yang Hilang dalam Akaun Yeay!

Life October 2nd, 2012

Ramai yang gusar bila tengok pendapatan mereka di web ChurpChurp tiba-tiba hilang dan berkurangan. Aku pon tergolongan dalam golongan tu jugak hehe yela walaupun tak seberapa tapi setiap pendapatan tu adalah hasil titik peluh kita sendiri. Penat je karang ayat cinta gempak tarik  perhatian ramai orang untuk klik iklan churp2 itu. Kawan aku pernah cakap 10 sen pendapatan di internet adalah lebih besar daripada Rm10 duit biasa. Kadang-kadang aku bersetuju juga dengan pendapat tu haha.  Read the rest of this entry »

5 Tahun Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Penulis Blog: Episod 1

Blogging September 25th, 2012

Kalau ikut kira-kira yang sebenar berdasarkan arkib dalam blog ni bulan Disember nanti baru genap 5 tahun aku jadi penulis blog. Tetapi memandangkan aku rasa nak buat banyak episod maka aku tulis la awal-awal. Menjelang bulan Disember nanti dah boleh genap 5 episod rasanya.

Ini adalah episod pertama daripada 5 episod siri kisah perjalanan hidup topo sebagai penulis blog. Sempena kelahiran semula blog ini rasanya sesuailah aku kongsikan sedikit pengalaman hehe. Episod pertama ini aku akan ceritakan pengalaman pada tahun pertama sebagai penulis blog episod 2 bagi tahun kedua dan seterusnya.  Post kali ini mungkin akan menjadi sangat panjang. Semoga anda tabah membacanya. Read the rest of this entry »

Di Mana Joe Jambul Kembali Lagi di TV1!

Reviews September 10th, 2012

Mereka yang lahir pada tahun 1980an dan membesar pada tahun 90an pasti tahu dan pernah tengok cerita Di Mana Joe Jambul ini. Suatu masa dahulu ia merupakan rancangan game show kanak-kanak nombor 1 di Malaysia kot. Permainan dia lebih bercorak kepada pengetahuan am dan geografi dalam misi untuk mencari penjahat yang bernama Joe Jambul. Segmen akhir sekali ada main pacak-pacak tiang tu yang paling aku ingat sekali. Selain itu pengacaranya Norzizi Zilkifli pon sangat meriah dan menghiburkan aku haha. Dan kalau tak silap aku Sarimah Ibrahim pon ada dalam rancangan tu sebagai Chif Detektif kot tapi aku kurang pasti dan tiada sumber sahih yang menyokongnya. Read the rest of this entry »

Topotato.com Kembali hehehe

Blogging September 8th, 2012

Lama betul aku tak menulis dengan serius dalam blog ni. Alasan pertama sebab sibuk, alasan kedua sebab dah malas, alasan ketiga sebab dah bosan jadi penulis blog hehehe. Tapi biasa la tu semua alasan je, bak kata orang kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih. Beberapa bulan lepas aku telah berjaya menghidupkan kembali nazrien.com. Walaupun trafik dia kekal 20-30 hits sahaja sehari tapi aku sangat puas hati dapat menulis dalam blog tu semua. Macam yang pernah aku cakap dahulu blog tu memang memberi kepuasan yang lebih sikit berbanding blog-blog aku yang lain. Nak tahu kenapa? Cuba la gali sendiri blog tu insyaAllah boleh jumpa hehe. Read the rest of this entry »